SEJARAH
PAS KAWASAN KUALA TERENGGANU 1956 - 2001
Sejarah
Penubuhan
Pas
Kawasan Kuala Terengganu telah ditubuhkan pada akhir tahun 1956
bertempat di No.18 Lorong Hj.Jamel Kuala Terengganu. Penubuhan ini
merupakan yang kedua selepas penubuhan Pas Kawasan
Dungun di Negeri Terengganu.
Ketika itu PAS Kawasan Kuala Terengganu dipimpin oleh Tuan
Syed Alwi bin Ahmad AlKaf.
Pas
Kuala Terengganu pada ketika itu merangkumi kawasan yang agak luas
iaitu meliputi Kawasan Marang, Kawasan Kuala Terengganu Utara dan
Kawasan Sungai Tong. Keluasan
kawasan tersebut menyebabkan PAS Kawasan Kuala Terengganu dianggap
sebagai Badan Perhubungan Pas
Negeri Terengganu.
Yang
DiPertua PAS Kawasan Kuala
Terengganu yang pertama ialah Tuan Syed Alwi bin Ahmad AlKaf
(1958-1960) dan seterusnya ialah Tuan Syed Abdullah bin Syed Alwi
(1960-1962), Sdr Che Da Abdul Jalil
bin Awang (1962-1967), Ustaz
Hj Mohd Harun bin Jusoh (1967-1978) dan Tuan Mustafa bin Ali
(1978-1980)
Pada
awal 80an, Pas Kawasan
Kuala Terengganu telah mengalami perubahan
yang ketara apabila Tuan Hj Wan Abd.Muttalib bin Embong
dilantik sebagai Yang DiPertua PAS Kawasan (1980-1993). Di bawah
pentadbirannya, PAS mengalami perkembangan yang pesat dimana banyak
cawangan-cawangan baru ditubuhkan di samping pertambahan ahli yang
begitu mendadak. Jawatan
Yang DiPertua PAS Kawasan kemudiannya diterajui oleh Ustaz Hj Mohd
Harun bin Jusoh (1993-1995) dan seterusnya oleh Tuan Hj Wan Abd
Muttalib Embong (1995 hingga sekarang)
Dewan
Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu telah ditubuhkan pada akhir
tahun 1959. Ketua Dewan
Pemuda telah diterajui oleh Ustaz Hj Harun bin Jusoh (1959-1967) dan
diikuti oleh Sdr Wan Agil bin Wan Sulaiman (1967-1982).
Mesyuarat Agong Dewan Pemuda yang pertama telah diadakan pada
tahun 1981. Ketua Dewan
Pemuda yang seterusnya ialah Sdr Muda bin Yusof (1981-1983), Ustaz
Hj Abbas bin Khatib Mohammad (1983-1987),
Tuan Hj Mohd Abdul Wahid bin Endut (1987-1989) , Tuan Hj
Ali bin Jusoh (1989-1991) Tuan Hj Mohd Abd Wahid bin Endut
(1991-1995), Tuan Hj Mohd Nasir bin Mansor (1995-1999)
dan Sdr Azmi bin Mohd Yassin (1999 hingga sekarang).
Dewan
Muslimat Pas Kawasan Kuala Terengganu pula telah ditubuhkan pada
awal pada tahun 1958. Sebagaima. Walaubagaimanapun penubuhan Dewan
Pemuda PAS Kawasan telah ditubuhkan secara rasmi pada 14hb Mac. 1981
di Masjid kampong Kolam Kuala Ibai Kuala Terengganu.
Mesyuarat Agong Dewan Muslimat Kawasan yang pertama telah
diadakan pada tahun 1982.
Ketua Dewan Muslimat telah diterajui oleh
Hjh Aminah binti Mohammad (1982-1986),
Hajjah Zaindun binti Yusof (1986-1990), Puan Hazizah binti
Mohd Zain (1990-1996) dan Puan Shamsiah binti Abu Bakar (1996 hingga
sekarang).
Sejarah
Pilihanraya 1959 - 1999
Dalam
pilihanraya umum yang pertama pada tahun 1959,
calon Pas Tuan Hj Mohd
Daud bin Haji Abd. Samad telah memenangi kerusi parlimen Kuala
Terengganu dan sekaligus menjadi Menteri Besar yang pertama.
Pilihanraya
tahun 1969 -
calon Pas, Sdr Wan
Mohamad bin Wan Ngah telah memenangi kerusi DUN Ladang dan Tuan Hj
Rozali bin Haji Ahmad memenang kerusi DUN Bukit Besar.
Pilihanraya
tahun 1974 - calon
Pas, Ustaz Hj Mohd
Harun bin Jusoh telah memenangi kerusi Dun Wakaf Mempelam.
Pilihanraya
tahun 1978 - calon
Pas tidak memenangi sebarang kerusi di dalam kawasan Kuala
Terengganu.
Pilihanraya
tahun 1982 - calon Pas, Tuan Hj Mustaffa Ali telah memenangi
kerusi DUN Wakaf Mempelam dan Tuan Hj Wan Abd.Muttalib bin Embong
memenangi kerusi DUN Batu Buruk.
Pilihanraya
tahun 1986, Tuan Hj Mustaffa bin Ali telah berjaya mengekalkan
kemenangan bagi kerusi DUN
Wakaf Mempelam.
Pilihanraya
tahun 1990, Ustaz
Hj Mohd Harun bin Jusoh telah berjaya menangi kerusi DUN Bandar dan
kejayaan ini merupakan satu sejarah kerana DUN Bandar adalah
merupakan kubu kuat BN sejak tahun 1959. Manakala Tuan Hj Wan Abd.
Muttalib bin Embong memenangi kerusi DUN Batu Buruk dan Tuan Hj Mohd
Abd. Wahid b Endut berjaya memenangi kerusi DUN Wakaf Mempelam.
Pilihanraya
tahun 1995 – Tuan Hj Wan Abd.Muttalib bin Embong terus
mengekalkan kerusi DUN Batu Buruk dan begitu juga dengan Tuan Hj
Mohd Abd.Wahid bin Endut berjaya mengekalkan kerusi DUN Wakaf
Mempelam.
Dalam
pilihanraya tahun 1999, PAS bersama-sama Barisan Altenatif telah
membuat kejutan yang besar apabila memenangi kerusi Parlimen dan
kesemua kerusi DUN
dalam Parlimen Kuala Terengganu.
Kemenangan ini dianggap
paling bersejarah kerana dalam pilihnaraya ini PAS berjaya
memerintah negeri Terengganu. Kesemua calon Pas bagi DUN dan
Parlimen Kuala Terengganu telah menang iaitu YB Hj Mohd Abd. Wahid
bin Endut (DUN Wakaf Mempelam), YB Hj Mohd Azmi bin Lop Yusof (DUN
Bandar), YB Dr Hj
Sulaiman bin Abdullah ( DUN Ladang), YB Hj Wan Abd. Muttalib bin
Embong (DUN Batu Buruk) dan YB Dr Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi
telah memenangi kerusi Parlimen Kuala Terengganu.
ANALISA
KEPUTUSAN PILIHANRAYA 1995
DEWAN
UNDANGAN NEGERI
DUN
|
JUMLAH
|
PAS
|
BN
|
UNDI
ROSAK
|
MAJORITI
|
Wakaf
Mempelam (N13)
|
15059
|
6379
|
5260
|
235
|
1119
|
Bandar
(N14)
|
17119
|
5562
|
6970
|
254
|
-1408
|
Ladang
(N15)
|
13693
|
3850
|
5775
|
289
|
-1925
|
Batu
Buruk (N16)
|
16712
|
6756
|
6115
|
263
|
641
|
ANALISA
KEPUTUSAN PILIHANRAYA 1999
DEWAN
UNDANGAN NEGERI
DUN
|
JUMLAH
|
PAS
|
BN
|
BEBAS
|
U.ROSAK
|
MAJORITI
|
Wakaf
Mempelam (N13)
|
15735
|
8981
|
3221
|
|
258
|
5760
|
Bandar
(N14)
|
18087
|
6756
|
6245
|
187
|
211
|
511
|
Ladang
(N15)
|
13273
|
6175
|
3601
|
|
194
|
2574
|
Batu
Buruk (N16)
|
| |