SEJARAH PAS KAWASAN KUALA TERENGGANU 1956 - 2001

Sejarah Penubuhan                               

Pas Kawasan Kuala Terengganu telah ditubuhkan pada akhir tahun 1956 bertempat di No.18 Lorong Hj.Jamel Kuala Terengganu. Penubuhan ini merupakan yang kedua selepas penubuhan Pas Kawasan   Dungun di Negeri Terengganu.  Ketika itu PAS Kawasan Kuala Terengganu dipimpin oleh Tuan Syed Alwi bin Ahmad AlKaf.

Pas Kuala Terengganu pada ketika itu merangkumi kawasan yang agak luas iaitu meliputi Kawasan Marang, Kawasan Kuala Terengganu Utara dan Kawasan Sungai Tong.  Keluasan kawasan tersebut menyebabkan PAS Kawasan Kuala Terengganu dianggap sebagai Badan Perhubungan  Pas Negeri Terengganu.

Yang DiPertua PAS Kawasan  Kuala Terengganu yang pertama ialah Tuan Syed Alwi bin Ahmad AlKaf (1958-1960) dan seterusnya ialah Tuan Syed Abdullah bin Syed Alwi (1960-1962), Sdr Che Da Abdul Jalil  bin Awang (1962-1967),  Ustaz Hj Mohd Harun bin Jusoh (1967-1978) dan Tuan Mustafa bin Ali (1978-1980)

Pada awal 80an, Pas  Kawasan Kuala Terengganu telah mengalami perubahan  yang ketara apabila Tuan Hj Wan Abd.Muttalib bin Embong dilantik sebagai Yang DiPertua PAS Kawasan (1980-1993). Di bawah pentadbirannya, PAS mengalami perkembangan yang pesat dimana banyak cawangan-cawangan baru ditubuhkan di samping pertambahan ahli yang begitu mendadak.  Jawatan Yang DiPertua PAS Kawasan kemudiannya diterajui oleh Ustaz Hj Mohd Harun bin Jusoh (1993-1995) dan seterusnya oleh Tuan Hj Wan Abd Muttalib Embong (1995 hingga sekarang)

Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Terengganu telah ditubuhkan pada akhir tahun 1959.  Ketua Dewan Pemuda telah diterajui oleh Ustaz Hj Harun bin Jusoh (1959-1967) dan diikuti oleh Sdr Wan Agil bin Wan Sulaiman (1967-1982).  Mesyuarat Agong Dewan Pemuda yang pertama telah diadakan pada tahun 1981.  Ketua Dewan Pemuda yang seterusnya ialah Sdr Muda bin Yusof (1981-1983), Ustaz Hj Abbas bin Khatib Mohammad (1983-1987),  Tuan Hj Mohd Abdul Wahid bin Endut (1987-1989) , Tuan Hj  Ali bin Jusoh (1989-1991) Tuan Hj Mohd Abd Wahid bin Endut (1991-1995), Tuan Hj Mohd Nasir bin Mansor (1995-1999)  dan Sdr Azmi bin Mohd Yassin (1999 hingga sekarang).

 

 Dewan Muslimat Pas Kawasan Kuala Terengganu pula telah ditubuhkan pada awal pada tahun 1958. Sebagaima. Walaubagaimanapun penubuhan Dewan Pemuda PAS Kawasan telah ditubuhkan secara rasmi pada 14hb Mac. 1981 di Masjid kampong Kolam Kuala Ibai Kuala Terengganu.  Mesyuarat Agong Dewan Muslimat Kawasan yang pertama telah diadakan pada tahun 1982.       Ketua Dewan Muslimat telah diterajui oleh  Hjh Aminah binti Mohammad (1982-1986),  Hajjah Zaindun binti Yusof (1986-1990), Puan Hazizah binti Mohd Zain (1990-1996) dan Puan Shamsiah binti Abu Bakar (1996 hingga sekarang).

Sejarah Pilihanraya  1959 - 1999

Dalam pilihanraya umum yang pertama pada tahun 1959,  calon Pas Tuan Hj  Mohd Daud bin Haji Abd. Samad telah memenangi kerusi parlimen Kuala Terengganu dan sekaligus menjadi Menteri Besar yang pertama.

Pilihanraya tahun 1969  -  calon Pas, Sdr  Wan Mohamad bin Wan Ngah telah memenangi kerusi DUN Ladang dan Tuan Hj Rozali bin Haji Ahmad memenang kerusi DUN Bukit Besar.

Pilihanraya tahun 1974 -   calon Pas,  Ustaz Hj Mohd Harun bin Jusoh telah memenangi kerusi Dun Wakaf Mempelam.

Pilihanraya tahun 1978 -    calon Pas tidak memenangi sebarang kerusi di dalam kawasan Kuala Terengganu.

Pilihanraya  tahun 1982 - calon Pas, Tuan Hj Mustaffa Ali telah memenangi kerusi DUN Wakaf Mempelam dan Tuan Hj Wan Abd.Muttalib bin Embong memenangi kerusi DUN Batu Buruk.

Pilihanraya tahun 1986, Tuan Hj Mustaffa bin Ali telah berjaya mengekalkan kemenangan bagi kerusi  DUN Wakaf Mempelam.

Pilihanraya  tahun 1990,  Ustaz Hj Mohd Harun bin Jusoh telah berjaya menangi kerusi DUN Bandar dan kejayaan ini merupakan satu sejarah kerana DUN Bandar adalah merupakan kubu kuat BN sejak tahun 1959. Manakala Tuan Hj Wan Abd. Muttalib bin Embong memenangi kerusi DUN Batu Buruk dan Tuan Hj Mohd Abd. Wahid b Endut berjaya memenangi kerusi DUN Wakaf Mempelam.

Pilihanraya  tahun 1995 – Tuan Hj Wan Abd.Muttalib bin Embong terus mengekalkan kerusi DUN Batu Buruk dan begitu juga dengan Tuan Hj  Mohd Abd.Wahid bin Endut berjaya mengekalkan kerusi DUN Wakaf Mempelam.

Dalam pilihanraya tahun 1999, PAS bersama-sama Barisan Altenatif telah membuat kejutan yang besar apabila memenangi kerusi Parlimen dan kesemua  kerusi DUN dalam Parlimen Kuala Terengganu.    Kemenangan ini  dianggap paling bersejarah kerana dalam pilihnaraya ini PAS berjaya memerintah negeri Terengganu. Kesemua calon Pas bagi DUN dan Parlimen Kuala Terengganu telah menang iaitu YB Hj Mohd Abd. Wahid bin Endut (DUN Wakaf Mempelam), YB Hj Mohd Azmi bin Lop Yusof (DUN Bandar),  YB Dr Hj Sulaiman bin Abdullah ( DUN Ladang), YB Hj Wan Abd. Muttalib bin Embong (DUN Batu Buruk) dan YB Dr Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi telah memenangi kerusi Parlimen Kuala Terengganu.

ANALISA KEPUTUSAN PILIHANRAYA 1995

DEWAN UNDANGAN NEGERI

DUN

JUMLAH

PAS

BN

UNDI ROSAK

MAJORITI

Wakaf Mempelam (N13)

15059

6379

5260

235

1119

Bandar (N14)

17119

5562

6970

254

-1408

Ladang (N15)

13693

3850

5775

289

-1925

Batu Buruk (N16)

16712

6756

6115

263

641

 

ANALISA KEPUTUSAN PILIHANRAYA 1999

DEWAN UNDANGAN NEGERI

DUN

JUMLAH

PAS

BN

BEBAS

U.ROSAK

MAJORITI

Wakaf Mempelam (N13)

15735

8981

3221

 

258

5760

Bandar (N14)

18087

6756

6245

187

211

511

Ladang (N15)

13273

6175

3601

 

194

2574

Batu Buruk (N16)

17350

9422

4022

 

265

5400

ANALISA KEPUTUSAN PILIHANRAYA 1995

PARLIMEN KUALA TERENGGANU.

Jumlah (61634) Pas + S46 (20771)  BN (25369)    Majoriti (-4598)  

ANALISA KEPUTUSAN PILIHANRAYA 1999

DEWAN UNDANGAN NEGERI

 

Jumlah(64445) Pas+ Adil (31680)  BN (17042)    Majoriti (14638)

Pas Kawasan Kuala Terengganu Tahun 2001.

 

Hari ini Pas Kawasan Kuala Terengganu  telah maju setapak lagi di bawah pimpinan YB Hj.Wan Abd.Muttalib bin Embong. Anjakan paradigma telah dibuat dengan penyusunan semula sturktur organisasi bagi terus mengekalkan kemenangan di samping menjana pelbagai pelbagai program dan aktiviti bagi mengukuh dan melebarkan perkembangan dan pengaruh PAS di kalangan masyarakat. 

DUN DAN CAWANGAN-CAWANGAN  

 

N13.Wakaf Mempelam

N14.Bandar

N15.Ladang

N16.Batu Buruk

Losong Megat Hussin

Losong Bandar

Tanjong Kapor

Chendering Pantai

Losong Hj. Mat Shafie

Tanjung

Lad. Mengabang

Chendering Raja

Losong Pang. Perang

Jalan Banggol

Ladang Sekolah

 Permint Jaya

Paloh

Padang Hiliran

Mengadang Akar

Kuala Ibai Pdg Luar

Bukit Kubang Jambu

Bandar Baru

Jalan Tekukur

Kuala Ibai Tok Adis

Sg. Rengas

Hiliran Masjid

Batas Baru

Kuala Ibai Kolam

Kuala Bekah

Tok Ku / Mkm Lama.

Gong Kapas

Kuala Ibai Banggol

Pulau Musang

Tok Kaya

Bukit Kecil

Kuala Ibai Pantai

Kubang Tangga

Cabang Tiga

Panji Alam

Jalan Kenanga

Pulau Rusa

Kuala Hiliran

Masjid Raja

Masjid Haji Kadir

Seberang Baroh

 

Jalan Ibrahim

 Mengabang Tengah

 

Kg. Melintang/W.Beruas

 

Gong Penaga

 Gong Tok Nasek

 

Merbau Patah

 

Lorong Kemunting

 Gong Pak Maseh

 

Wakaf Mempelam

 

Pasir Panjang

Bukit Depu

 

Gelugur Raja

 

Gelong Bilal

Kg Nibong Atas

 

Kubang Parit

 

Bukit Bayas

Kg Nibong Bawah

 

Durian Burung

 

Sungai Derhaka

Kubang Ikan

 

Gong Pauh

 

Ladang Sahat

 

Wakaf Che Kapor

 

Ladang Tok Pelam

 

Kubang Bakung.

 

Flat Gelong Bilal

 

Losong Atap Zing

 

Lorong Surau Baru.

 

Teluk  Paku

 

Ladang Titian

 

 

 

Kg. Seberang Baroh

 

PENUTUP

Sehingga ke hari ini Pas Kawasan Kuala Terengganu mempunyai 72 buah cawangan dengan bilangan ahli berdaftar  seramai 6709 orang. Pas Kawasan Kuala Terengganu akan terus menjana pelbagai program  dan aktiviti bagi mengembangkan  pengaruh serta melebarkan peranannya agar  dapat merealisasikan matlamat PAS untuk menegakkan Syariat Allah di muka bumi ini.

Kembali Ke Laman Utama