Peserta Dialog Perdana Cabar Umno supaya Mengadakan Dialog Terbuka

 

Kuala Terengganu - Peserta dialog Perdana Kuala Terengganu yang diadakan di Dewan terbuka  Komplek Seri Iman menjadi bersemangat dengan kehadiran seorang pemuda yang berpewatakan sederhana dan bersahaja ,telah mencabar pemimpin umno supaya mengadakan dialog terbuka bersama rakyat,supaya rakyat boleh berhubung secara dua hala dengan mereka.Dengan nada yang bersahaja tetapi bersemangat berliau berkata"Pada malam ini saya secara tegas mencabar puak juak umno,wartawan wartawan akhbar serta barua barua Umno supaya melaporkan perkara ini dengan tepat dan mengadakan majlis dialog terbuka sebegini,inilah ketelusan dan keikhlasan kerajaan hari ini dalam mendengar apajua komen dan teguran"
"Umno sudah lama mengelirukan saya,saya bangga mengundi PAS,walaupun dengan satu undi pada tahun 1999,ianya telah dibalas oleh pimpinan dengan menghapuskan lesen judi dan menghadkan lesen minuman keras."   "Setiap hari saya dibayar dengan harga RM 1,kerana sejak Disember 1999 ,saya tidak lagi membayar tol dijambatan Sultan Mahmod,ini bermakna saya telah diberi sejumlah RM365 setahun oleh kerajaan Negeri malah ini jauh lebih tinggi  berbanding wang ihsan"Tambah beliau lagi.