Kuala Terengganu -
Lebuhraya dari Kemaman ke Besut akan di teruskan oleh Kerajaan
Terengganu.MOU antara Syarikat yang akan membinaya akan dibuat sedikit
masa lagi.Perkara ini di jelaskan oleh YB Dato'Mustaffa Ali didalam
majlis dialog bersama pertugas parti peringkat Kawasan Kuala Terengganu
dan Kuala Nerus yang telah diadakan di Dewan Tunku Abdul Rahman Kuala
Terengganu.
Dato'Mustaffa yang juga Pengerusi
Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi,Petroleum,,Perindustrian dan Sumber
Manusia Negeri menjelaskan bahawa projek tersebut akan bermula dari
Kemaman di sempadan Pahang dan bersambung dengan LPT dan terus Ke
sempadan Kelantan di Besut.Dalam konsep penswstaan ini jelas
beliau,kadar tol yang dikenakan jauh lebih rendah apa yang tetapkan oleh
kerjaan pusat didalam cadangan pembinaan LPT.Disamping itu kerajaan
negeri akan mendapat pulangan dari pihak swasta yang mengendalikan
projek tersebut.Ini amat berbeza dengan apa yang disyaratkan didalam
deraf penjanjian pembinaan LPT dimana Kerajaan akan menampung kekurangan
hasil Tol yang tidak dicapai sebagaimana sasaran yang di tetapkan.
|