Cili Api terpegun kerana para pemimpin tertinggi BN dan
media pengampu mereka begitu cepat sekali mengikut rentak lagu
sumbang yang didendangkan oleh Shaykh Muhammed Hisham Kabbani.
Beliau diagung- agungkan sebagai pemimpin "Islamic
Supreme Council of America" (atau Majlis Tertinggi Islam
di Amerika – ISCA). Siapakah Shaykh ini dan apakah ISCA itu?
Mengikut maklumat yang diketahui, Shaykh ini lahir di Suria
dan lulus universiti dari Beirut dan Damshek. Beliau seorang
tokoh dalam Tarikah Naqshabandi, yang dipimpin oleh Shaykh
Nizam, berpusat di Cyprus. Tarikat ini terkenal mempunyai
hubungan rapat dengan beberapa orang sultan dan pembesar di
Malaysia dan Brunai.
Pada tahun 1991 Shaykh Kabbani telah dihantar oleh
pemimpinnya untuk membuka pusat-pusat tarikat ini di Amerika
Syarikat dan Kanada. Cili Api dinasihatkan bahawa ISCA
menggabungkan terutama sekali golongan tarikat ini di AS, dan
Shaykh ini cuma memimpin majlis ini saja. Tidak lebih dari itu.
Cili Api dapat khabar hubungan Shaykh ini dengan kebanyakan
pertubuhan Islam lain di AS tidak begitu baik. Mengikut sebuah
risalah yang ditulis oleh bekas Duta AS, John R. Mallot,
Shaykh ini pernah membuat ucapan di Jabatan Negara pada tahun
1999, menuduh konon banyak wang yang dikutip oleh
pertubuhan-pertubuhan Islam di AS digunakan untuk membeli
senjata membantu golongan militan. Beliau juga mendakwa 80
peratus daripada 2000 buah masjid di AS adalah diselenggara
oleh pertubuhan-pertubuhan ekstremis Islam.
Beberapa buah pertubuhan Islam di AS telah membantah dan
mendesak supaya Shaykh ini membuktikan tuduhan palsu beliau.
Mereka meminta beliau menarik balik tuduhazn itu. Akan tetapi
sehingga sekarang beliau tidak menarik membuktikan tuduhan
atau menarik baliknya. Cili Api nampak, Shaykh ini suka baling
batu dan sembunyi tangan. Serupa macam Dolah Badwi juga. Ini
bukan cara Islam.
Kebetulan, ISNA (Islamic Society of North America atau
Persatuan Islam Amerika Utara) menyelenggara 80 peratus
daripada masjid di AS. Nyata sekali secara berselindung Shaykh
itu menuduh ISNA. Kebetulan juga lagi, ISNA telah menarik
balik undangan kepada Dr M @ Cek Det untuk berucap dalam
persidangan anjuran mereka di Chicago pada tahun 2000.
Kemudian pada tahun 2001, ISNA telah mengundang Dr Wan Azizah
pula untuk berucap. Sampai ke telinga Cili Api bahawa Cek Det
sangat murka kerana merasa terhina.
Sangat pelik bin ajaib sekiranya ISNA dituduh sebagai
pertubuhan ekstremis. Bak kata Malott, bukankah
pertubuhan-pertubuhan Islam yang dituduh oleh Shaykh itu telah
bertemu dengan Presiden Bush? Jikalau mereka ekstremis dan
menyokong keganasan, bolehkah mereka diterima ke Rumah Putih?
Lagi pula, bukankah Presiden ISNA salah seorang pemimpin
pelbagai agama yang telah diundang untuk membaca doa dalam
majlis memperingati mangsa-mangsa serangan ganas11 September,
yang diadakan di bawah riayah Presiden Bush?
Cili Api lihat Dolah Badwi telah digoreng saja oleh Shaykh
ini.
Oleh : Cili Api